Thursday, April 25, 2024
HomeBERITAGadis Dikurung Berjaya Diselamatkan, Terlepas Jadi Mangsa Sindiket Pemerdagangan Manusia

Gadis Dikurung Berjaya Diselamatkan, Terlepas Jadi Mangsa Sindiket Pemerdagangan Manusia

SEBERANG PERAI – Seorang gadis tempatan berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di sebuah kediaman di kawasan Taman Sanctuary, Machang Bubuk, Bukit Mertajam, Khamis lalu.

Berdasarkan laporan Kosmo, wanita berusia 22 tahun itu ditemui dikurung secara salah oleh sepasukan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Tengah (IPD SPT) dan IPD Seberang Perai Utara (SPU).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, satu serbuan diadakan susulan menerima laporan mengenai kes pemerdagangan orang dan kurungan salah di kediaman berkenaan.

Menurutnya, hasil serbuan polis berjaya menahan seorang suspek iaitu lelaki tempatan berusia 34 tahun sekali gus berjaya menyelamatkan wanita yang dikurung di dalam rumah berkenaan.

“Siasatan awal mendapati, lelaki berkenaan (suspek) sedang menguruskan mangsa untuk dihantar ke negara jiran iaitu di sekitar Asia Tenggara ini untuk bekerja sebagai operator bersama satu sindiket penipuan dalam talian.

“Dalam serbuan tersebut, polis turut merampas dua buah kenderaan, sebuah komputer riba serta beberapa peralatan berkaitan aktiviti pelacuran,” katanya kepada pemberita di sini, petang tadi.

Beliau memberitahu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 12 ATIPSOM (Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran) 2007 dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, pihanya mengalu-alukan kerjasama masyarakat untuk sentiasa menyalurkan segala bentuk maklumat mengenai kejadian jenayah dan dadah dengan menghubungi talian 04-5382222 atau datang sendiri ke mana-mana balai polis yang berhampiran.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Viral Pemandu Hon Ketika Upacara Pengebumian, Dakwa Panik

0
Georgetown: Polis meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden kekecohan membabitkan orang awam dan pemandu kereta yang berlaku berhampiran Masjid Besar Sungai...

CATEGORIES