Fokus Kerjaya, Belum Fikir Pasal Kahwin – Mia Sara, Firdaus Sufiyan

0
249
Foto: mStar

KUALA LUMPUR: Pelakon Mia Sara Shauki dan kekasihnya, Firdaus Sufiyan belum berhasrat membawa hubungan ke fasa lebih serius ke gerbang perkahwinan.

Mia yang juga anak kepada pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki itu berkata, buat masa ini, fokus utama mereka adalah kerjaya.

“Buat masa ini, saya belum terfikir untuk ke arah itu (berkahwin). Tumpuan sekarang hanyalah kepada kerja dan Sufiyan juga mempunyai pendapat yang sama iaitu mahu fokus pada kerjaya lakonannya.

“Setakat ini, hubungan kami berjalan lancar dan keluarga kami mengetahui dan merestui hubungan ini,” katanya kepada BH Online.

Bersikap terbuka mengenai percintaan terjalin sejak dua tahun lalu, Sufiyan memaklumkan perkenalan mereka bermula ketika mengendalikan sesi uji bakat yang dihadiri Mia.

“Kali pertama berjumpa pada 2019 di sebuah studio. Masa itu, saya bertugas sebagai produser dan Mia datang untuk sesi uji bakat.

“Pada 2022, kami bertemu kembali dan pada masa itu, saya terlebih dahulu menegurnya. Dia tak cam wajah saya kerana masa itu saya botak.

“Bermula dari situ, kami terus menjalinkan hubungan hinggalah sekarang. Tiada apa-apa yang perlu disorok soal kisah cinta kami ini,” ujarnya.

Terdahulu, pasangan itu hadir di Balai Berita, Bangsar, di sini, baru-baru ini bagi mempromosikan filem bergenre seram komedi berjudul Geng Kubur.

Mengulas adakah pembabitan Sufiyan dalam filem itu berpunca daripada pengaruhnya yang mahu kekasihnya ada bersama, Mia pantas menafikannya.

“Produksi tak tahu pun yang kami sedang berpacaran. Malah, ketika pihak produksi minta saya cadangkan nama pelakon, saya tak letak nama Sufiyan.

“Mereka hanya tahu selepas kami berada dalam set,” jelasnya.

Selain pasangan terbabit, filem arahan Gavin Yap itu turut menampilkan Lion Ching dan Sasidaran selaku teraju utama.

Diterbitkan Iron Hill Media Sdn Bhd, filem Geng Kubur akan menemui penonton di pawagam mulai 25 April depan.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here