Tuesday, February 18, 2025
HomeHIBURANFazura Tak Maafkan Cercaan, Fitnah Netizen Dunia Akhirat

Fazura Tak Maafkan Cercaan, Fitnah Netizen Dunia Akhirat

PETALING JAYA – Berang dirinya difitnah dengan dahsyat, pelakon sensasi, Nur Fazura menyelar netizen yang cuba membuat onar dengannya.

Menerusi hantaran dalam InstaStory, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkongsi tangkap layar invividu terbabit yang menabur fitnah terhadapnya.

“Simpan kenangan setiap kata-kata awak pada saya untuk bekalan masa depan awak pula nanti ya.

Ingat! Saya tak maafkan sepatah pun fitnah dan cercaan awak ni pada saya di dunia akhirat,” tulisnya.

Dalam komen panjang lebar ditulis netizen berkenaan, dia menuduh Fazura merampas Fattah daripada bekas kekasihnya. Malah, individu terbabit menuduh aktres itu sebagai perempuan yang ‘sakit‘.

 Orang lain pun bercerai tetapi perangai elok daripada awak. Awak ni aib bekas suami pun buka, burukkan bekas suami.

“Adakah awak pencari perhatian? Lepas tu ajak netizen buat dosa nak nampak macam Fattah yang salah. Moga Allah balas di dunia tarik nikmat yang awak ada. Allah tak tidur ya Fazura.

Tidak terhenti di situ, netizen tersebut turut berdoa agar Allah menyedarkan Fazura dan menjauhkannya daripada lelaki-lelaki yang baik.

Semalam, melaporkan Fazura menghantar notis tuntutan (LOD) kepada Fattah membabitkan isu sebuah kenderaan yang dihadiahkan kepada bekas suaminya sewaktu mereka masih menjadi suami isteri yang sah.

Sumber –  KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

702 Pesawah Perak Terima Bantuan Bencana RM813,081

0
BAGAN SERAI – Sebanyak RM813,081 telah diperuntukkan menerusi Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) untuk membantu 702 pesawah di Perak yang terkesan akibat kemarau dan...

CATEGORIES