Sunday, May 19, 2024
HomeHIBURANFaye Kusairi Menahan Sebak, Tidak Mampu Memenuhi Permintaan Pelanggan

Faye Kusairi Menahan Sebak, Tidak Mampu Memenuhi Permintaan Pelanggan

PETALING JAYA – Nasi ayam habis terjual lebih awal daripada dijangkakan membuatkan pelakon Faye Kusairi sukar menahan sebak hingga mengalirkan air mara berikutan tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan.

Kata pemilik nama penuh Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi itu, dia memohon maaf kepada pembeli yang sanggup beratur panjang, namun terpaksa pulang dengan tangan kosong.

“Assalamualaikum semua, saya rasa sedih hari ini sebab jualan saya habis awal, minta maaf pada yang datang tapi tak sempat nak beli untuk merasa.

“Saya minta maaf sangat-sangat kalau ada yang kecewa, lain kali saya buat lebih banyak, terima kasih kepada yang setia membeli setiap hari.

“Semalam beli, hari ini beli lagi,” ujarnya teresak-esak menerusi rakaman video siaran langsung dalam Instagram.

Begitupun, pelakon filem Tombiruo itu memberitahu tangisannya bukan untuk menagih simpati orang ramai tetapi lebih kepada resah hati memikirkan perasaan pembeli yang sudah lama ingin merasa nasi ayam air tangannya itu.

“Saya menangis bukan untuk meminta belas kasihan tetapi saya kecewa tak dapat memuaskan hati semua orang.

“Ramai orang beratur tetapi tak dapat, ada seorang pakcik sampai dua kali datang untuk mencuba nasi ayam saya.

“Mana tak dapat hari ini, sila buat tempahan awal supaya esok kalian semua dapat merasa dan tiada yang kecewa,” ujarnya sebelum mengakhiri sesi siaran langsung tersebut.

Terdahulu, menerusi hantaran dalam Instagram, dia meluahkan rasa teruja memulakan perniagaan secara kecil-kecilan itu dan dalam masa yang sama bersyukur selepas mendapat sambutan ramai.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Resit Pesanan Pizza Pelanggan Hina Islam, Polis Buka Kertas Siasatan

0
BAYAN LEPAS: Lapan individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes resit tempahan makanan segera dalam talian yang mempunyai ayat didakwa menghina Islam. Ketua Polis Daerah...

CATEGORIES