Fattah Amin, Fazura Lebih Pilih Hidup Privasi

0
69

PETALING JAYA – Pelakon dan usahawan Fazura menepis dakwaan bahawa rumah tangganya dengan Fattah Amin sedang bermasalah.

Fazura, atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, menjelaskan bahawa suami dan anaknya berada di rumah, dan mereka memilih untuk menjalani kehidupan yang lebih privasi ketika ini.

“Mereka ada di rumah! Hidup lebih privasi sekarang ini. Semua mata tertumpu kepada Rafah,” katanya dalam balasan kepada pertanyaan peminat di ruangan komen Instagram.

Sebelumnya, tanpa sebarang tanda atau petunjuk, media sosial menjadi heboh apabila segelintir peminat mendakwa bahawa hubungan Fazura dan Fattah sedang bermasalah.

Alasannya adalah mereka didapati sudah tidak lagi saling meninggalkan komen atau tanda suka (likes) di media sosial masing-masing.

Tidak hanya di situ, kisah rumah tangga mereka juga turut dibincangkan di sebuah laman sembang, dengan pelbagai pandangan mengenai keadaan rumah tangga pasangan tersebut.

Ada juga yang mempertahankan pasangan artis itu, dengan mengatakan mereka tidak perlu mempamerkan kebahagiaan di media sosial.

Fattah dan Fazura berkahwin pada November 2017, dan hasil perkahwinan mereka, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Fatima Aisya, yang kini berusia 4 tahun. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here