Sunday, July 14, 2024
HomeHIBURANFarid Kamil Cabar Diri Pikul Watak Rashid Sidek

Farid Kamil Cabar Diri Pikul Watak Rashid Sidek

KUALA LUMPUR: Walaupun hampir 30 tahun tidak memegang raket badminton namun perkara itu tidak membuat pelakon, Farid Kamil atau Farid Kamil Zahari, 43, teragak-agak untuk menerima watak sebagai Datuk Rashid Sidek dalam filem terbarunya, Gold.

Menurut Farid, kali terakhir dia bermain badminton ketika masih berusia 13 tahun dan kembali bermain selepas ditawarkan watak itu.

“Selepas saya ditawarkan watak sebagai Rashid Sidek, barulah saya kembali bermain. Walaupun penggambaran ini sudah berakhir setahun yang lepas namun sehinggi kini saya masih aktif bermain badminton.

“Saya mengabdikan diri di gelanggang badminton dan melakukan latihan intensif bersama bekas pemain badminton kebangsaan, Adelle Ng.

“Latihan itu berlangsung selama sebulan setengah dan makanan diet juga disediakan kepada saya untuk membantu memenuhi watak sebagai pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Atlanta itu,” ujarnya.

Pelakon itu berkata demikian ketika ditemui di malam gala filem tersebut baru-baru ini.

Menurut pelakon Legenda Budak Setan itu, membawa seorang figura ikonim yang masih hidup bukanlah sesuatu yang mudah namun berasa bertuah kerana memiliki pihak produksi yang memahami.

“Saya rasa bertuah kerana pihak produksi telah menyediakan ruang dan waktu yang secukupnya untuk saya berlatih menjadi pemain legenda itu.

“Cabaran terbesar yang saya perlu dihadapi termasuklah perlu menurunkan berat daripada 87 sehingga 60 kilogram,” katanya.

Tambah Farid, dia pernah membuat permintaan untuk bermain bersama lagenda itu tetapi tidak kesampaian kerana beliau sibuk dengan persediaan skuad remaja negara.

Dalam pada itu, Farid berharap filem itu dapat memberikan semangat kepada atlet kebangssan yang akan berjuang di Olimpik yang akan datang.

“Saya berharap filem ini akan menjadi sumber inspirasi kepada atlet negara untuk berjuang habis-habisan di sana khususnya pemain badminton negara.

“Pergilah menonton. Sekurang-kurangnya anda boleh merasai apa perasaan seorang pemenang pingat emas,” katanya.

Untuk rekod, Gold merupakan filem berdasarkan kisah benar atlet badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou yang diarahkan oleh pengarah pecah panggung, Adrian Teh.

Selain Farid Kamil, filem itu turut membariskan pelakon hebat tanah air seperti Jack Tan, Fabian Loo, Wan Raja dan Yasmin Hani.

Filem itu akan bertemu penonton di pawagan pada 11 Julai depan.

Sumber – UTUSAN

MHDNZA
MHDNZAhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

England Dan Sepanyol Bakal Pamer Aksi ‘All out’ Di Final EURO...

0
England dan Sepanyol akan bertemu dalam final Euro 2024 pagi isnin ini selepas melalui laluan yang sangat berbeza menuju ke Berlin di kejohanan yang...

CATEGORIES