Sunday, January 19, 2025
HomeSUKANKepenatan Punca Aaron-Wooi Yik 'Pulang Awal'

Kepenatan Punca Aaron-Wooi Yik ‘Pulang Awal’

KUALA LUMPUR – Beregu negara di ranking keempat dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pulang awal daripada kejohanan badminton Terbuka Arctic selepas tewas 11-21, 18-21 kepada Man Wei Chong-Tee Kai Wun di pusingan pertama awal pagi tadi.

Berdasarkan laporan Kosmo, faktor kepenatan mungkin menjadi salah satu sebab Aaron-Wooi Yik ‘pulang awal’ selepas bekas juara dunia itu berjaya memenangi pingat gangsa pada temasya Sukan Asia Hangzhou di China baru-baru ini.

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada Wei Chong-Kai Wun kerana membuktikan mereka adalah masa depan terbaik buat negara selepas berjaya menewaskan beregu ‘otai’ tersebut dalam tempoh 26 minit pada aksi di Vaanta, Finland.

Di pusingan kedua hari ini, pasangan muda No.23 dunia itu akan bertemu Keiichiro Matsui-Yoshinori Takeuchi dari Jepun yang menewaskan beregu Perancis, 21-19, 21-17 pada pusingan pertama semalam.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Jumlah Jemaah Terjejas Dalam Penipuan Umrah Hampir 1,000 Orang

0
PUTRAJAYA- Kira-kira 1,000 individu dilaporkan terjejas dengan tindakan tidak bertanggungjawab pemilik syarikat umrah selain tidak mengetahui nasib mereka sama ada dapat menjejakkan kaki ke...

CATEGORIES