Saturday, June 15, 2024
HomeHIBURAN'Faith4Palestine adalah usaha membantu saudara kita di Gaza' - Faizal Tahir

‘Faith4Palestine adalah usaha membantu saudara kita di Gaza’ – Faizal Tahir

Penyanyi, Faizal Tahir menerusi gerakan kemanusiaan, iamFaithmen dan kerjasama syarikat rakaman, Faithful Music bakal menganjurkan Faith4Palestine pada 12 November ini di Royale Chulan, Damansara.

Faizal berkata, Faith4Palestine bertujuan mengumpul dana bantuan kemanusiaan untuk mangsa perang di Palestin selain menzahirkan solidariti rakyat Malaysia terhadap isu tersebut, lapor Utusan.

“Ini bukanlah acara hiburan semata-mata. Selain persembahan akustik, kami mengadakan sesi perbincangan terbuka (podcast) bersama pengasas Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri dan bidaan barang peribadi saya.

“Faith4Palestine adalah usaha membantu saudara kita di Gaza. Sesungguhnya mereka kini sangat memerlukan bantuan dan perhatian.

“Muzik adalah satu elemen yang penting dalam menyampaikan mesej. Saya sentiasa pastikan setiap lagu membawa maksud positif dan memberi sesuatu kepada komuniti,” katanya.

Tambah penyanyi Assalamualaikum itu, selain mengumpul dana, Faith4Palestine turut bertujuan mendidik masyarakat tentang sejarah panjang bumi Palestin serta memberi bimbingan tentang bagaimana orang ramai boleh membantu dalam tindakan secara kolektif.

Menurut Faizal, tiket acara berdurasi dua jam itu dijual pada harga pada harga RM99 dan semua keuntungan akan disalurkan terus kepada tabung bantuan Palestin melalui rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cinta Gaza Malaysia.

Faith4Palestine turut menampilkan Syamel. Mereka yang berminat boleh layari www.ticket2u.com.my .

Sumber: Utusan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Terbuka Australia: Lee Zii Jia Hampiri Ke Pentas Final

0
KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia hanya selangkah untuk mara ke pentas final pada Kejohanan Badminton Terbuka Australia selepas melayakkan...

CATEGORIES