Fahmi Abd Moin Sah Jadi Peguam Baharu Wakili Ibu Bapa Kandung Zayn Rayyan

0
117
Foto: Berita Harian

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Fahmi Abd Moin mengesahkan akan mewakili ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditahan polis, Jumaat lalu bagi membantu siasatan kes pembunuhan.

Fahmi berkata, pihak keluarga ibu bapa Zayn sudah melantiknya sebagai peguam untuk mewakili pasangan itu.

“Insya-Allah saya akan hadir (prosiding di mahkamah Jumaat ini).

Sementara itu, datuk kanak-kanak autisme itu, Zahari Mohd Reba turut mengesahkan lantikan Fahmi sebagai peguam baharu untuk mewakili anak dan menantunya.

“Saya dilantik untuk mewakili mereka berdua (ibu bapa Zayn),” kata Fahmi ketika dihubungi Harian Metro, malam tadi.

Semalam, peguam yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan, Mahmud Abdul Jumaat, menarik diri sebagai peguam mereka.

Mahmud Abdul Jumaat dalam kenyataan berkata, keputusan itu terpaksa dibuat kerana mahu memberi tumpuan kepada beberapa kes lain yang sedang dikendalikannya.

Berikutan itu, beliau yang juga peguam daripada firma guaman Tetuan Emir Mahmud & Co memutuskan untuk menarik diri dari mewakili ibu bapa Zayn Rayyan yang kini sedang direman tujuh hari bermula Sabtu lalu.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here