PETALING JAYA – Selepas hampir lima tahun menjalin cinta, pelakon Eyka Farhana kini melangkah setapak apabila selamat bertunang dengan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid pada 4 Ogos lalu.
Tanpa berkongsi secara terperinci, Eyka atau nama penuhnya Wan Atiqa Wam Sarmizi, 29, hanya memuat naik kapsyen dengan memberi salam kepada tunangnya.
“Masha-Allah Tabarak-Allah, salam tunangku,” tulisnya ringkas menerusi ruangan kapsyen.
Difahamkan majlis tunang Eyka dan Akhyar diadakan secara tertutup yang dihadiri oleh keluarga mereka sahaja.
Perkongsian tersebut seterusnya meraih ratusan ucapan tahniah dan doa daripada netizen termasuk rakan selebriti.
“Alhamdulillah. Tahniah sayang,” komen Bella Astillah.
“Pertama kali lihat majlis pertunangan artis popular yang diadakan dalam majlis serba ringkas.
“Perkahwinan mereka mesti ‘gempak’ punya nanti sebab pemain kebangsaan dan artis,” komen netizen.
Kisah percintaan Eyka bersama Akhyar mula dihidu sejak 2020 selepas mereka beberapa kali dilihat keluar ‘dating’ dan bercuti bersama.
Eyka juga sebelum ini pernah menafikan sedang membuat persiapan untuk menamatkan zaman solo.
Sumber – KOSMO! ONLINE