Euro 2024: Fernandes Sedia Bantu Ronaldo

1
34

DORTMUND – Bintang Portugal, Bruno Fernandes akan terus menjadi sandaran utama pasukan itu dalam misi menempah tiket awal ke pusingan kalah mati Euro 2024 dengan meraih kemenangan ke atas Turkiye pada aksi kedua Kumpulan F di Signal Iduna Park awal pagi esok.

Pemain tengah Manchester United itu menunjukkan statistik yang mengagumkan dari segi hantaran tepat ketika Portugal menewaskan Republik Czech 2-1 pada aksi pertama sebelum ini.

Fernandes dijangka terus memainkan peranan sama bagi aksi bertemu Turkiye dengan sasaran utama hantarannya kepada Cristiano Ronaldo untuk meledak jaringan buat Portugal.

“Apa yang menjadikan ia lebih sukar apabila pihak lawan bermain dengan lima pertahanan. Kadang-kadang saya terpaksa memaksa diri untuk membuat hantaran sedangkan ketika itu saya tidak sepatutnya melakukannya.

“Saya ada juga melakukan beberapa kesilapan terutamanya di separuh masa pertama menentang R. Czech. Saya sedar mengenai perkara itu, tetapi saya tidak begitu bimbang kerana kualiti yang ada di bahagian serangan kami.

“Saya tahu mereka boleh menerima apa sahaja jenis hantaran saya. Kalau Ronaldo dapat jaringkan gol, mungkin saya akan lebih banyak menghantar bola ke arahnya,” kata Fernandes.

Atas kertas, Portugal sememangnya pilihan utama untuk memenangi perlawanan, namun skuad bimbingan Roberto Martinez itu sama sekali tidak boleh memandang rendah keupayaan skuad muda Turkiye.

Berdasarkan rekod pertemuan, Portugal berjaya mencatat empat kemenangan dan satu tewas daripada lima perlawanan terdahulu menentang Turkiye. – AGENSI

Sumber: Kosmo

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here