Erysha Emyra Berlapang Dada Terima Kritikan, Watak Aminah Dalam Aku Bukan Ustazah Teruk Dihentam

1
145
Foto: Utusan TV

KUALA LUMPUR: Pelakon baharu, Erysha Emyra, 25, berharap orang ramai mengambil sisi positif watak Aminah menerusi drama baharu berjudul Aku Bukan Ustazah yang sedang ditayangkan di slot Akasia TV3.

Ia berikutan watak itu menerima kecaman apabila didakwa memberi pengaruh negatif kepada penonton berikutan tindakannya memilih tidak memakai tudung labuh dan berniqab, selain hanya mengenakan tudung singkat selepas berdepan konflik.

Bagaimanapun, Erysha memberitahu, mesej ingin disampaikan dalam drama adalah mengenai realiti dilalui segelintir individu, selain cabaran kekal istiqamah dalam setiap perkara dilakukan.

“Kalau ambil secara positif kita dapatlah mesej bahawa kehidupan ini memang seperti itu. Hendak istiqamah bukan senang. Ada juga maklum balas cakap diri mereka juga begitu dalam TikTok.

“Sebenarnya saya juga seperti itu, mungkin ada hari iman naik dan turun,” katanya ditemui pada sidang media drama Cinta Untuk Sekali Lagi dan Bunga Salju di Zebra Square, baru-baru ini.

Erysha yang juga anak dramatis terkenal, Datin Seri Noniswara itu berkata, babak memaparkan watak Aminah mengenakan tudung singkat ketika berada dalam rumah.

Malah, katanya, individu melemparkan kecaman berkemungkinan tidak menonton keseluruhan episod.

“Ada yang mempertikaikan saya bertudung labuh dalam drama tiba-tiba ada babak bertudung singkat. Sebenarnya itu adalah babak dalam rumah dan watak saya belum bersiap untuk keluar rumah.

“Saya rasa orang yang memberikan komen tidak menonton drama dan hanya melihat potongan video yang tular,” kata Erysha yang kini sudah dua tahun terbabit dalam dunia lakonan.

Selain babak tudung singkat, ada penonton tidak bersetuju dengan dialog Aminah menyentuh hukum berniqab.

Menerusi babak itu, Aminah dilihat cuba mempertahankan diri selepas ditegur seorang wanita kerana penampilannya dikatakan tidak menutup aurat dengan sempurna.

Sumber: Berita Harian

1 COMMENT

  1. Your method of telling the whole thing in this
    paragraph is truly good, every one be able to without difficulty
    understand it, Thanks a lot.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here