Sunday, January 26, 2025
HomeSUKANEPL: Salah Buat Liverpool Serba Salah

EPL: Salah Buat Liverpool Serba Salah

NEWCASTLE – Pengurus Liverpool, Arne Slot mula beri bayangan yang kelab itu bersedia untuk mengemukakan tawaran kontrak baharu untuk mengekalkan khidmat Mohamed Salah di Anfield.

Gambaran itu dibuat selepas bintang dari Mesir itu sekali lagi mencipta sensasi apabila menyumbangkan dua gol dan satu bantuan jaringan kepada Curtis Jones ketika seri 3-3 dengan Newcastle United, awal pagi semalam.

Slot menyatakan yang Salah akan terus menghasilkan jaringan bagi tempoh lebih lama ketika namanya kini sedang sedang mengetuai senarai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris dengan 13 gol.
“Setiap kali kami memerlukan khidmatnya, dia pasti akan menjaringkan gol penting, jadi kami harap dan jangka dia akan terus menjaringkan gol untuk tempoh yang lama. Dia berada di tempat yang betul dimana ada yang membuka peluang kepadanya.

“Apa yang menjadikannya istimewa apabila dia bangkit dengan aksi hebat walaupun tidak berada pada tahap terbaik sepanjang tempoh satu jam yang pertama. Pastinya dia pemain istimewa yang beraksi cemerlang,” katanya.

Sebelum ini Salah mencipta berita hangat apabila menyatakan kekecewaan kerana belum ada perbincangan positif antaranya dan kelab.

“Newcastle agresif hingga memaksa kami melukan kesilapan. Perasaan saya bercampur baur dimana kami tampil cemerlang di babak kedua namun mungkin 3-3 adalah keputusan yang sepatutnya,” kata Slot.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Takut Kahwin Bimbang Tidak Boleh Beri Komitmen’

0
BIARPUN usia telah mencecah angka 39 tahun pelakon Adeline Tsen mengakui masih tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga. Kata Adeline atau nama sebenarnya, Adeline Anthony...

CATEGORIES