Sunday, January 26, 2025
HomeSUKANEPL: Ruben Amorim Jadi Pilihan Manchester United

EPL: Ruben Amorim Jadi Pilihan Manchester United

MANCHESTER – Teka-teki mengenai pengendali baharu Manchester United akhirnya terjawab selepas kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu melantik jurulatih muda dari Portugal, Ruben Amorim secara rasmi.

Namun, Amorim hanya akan diperkenalkan di Old Trafford pada 11 November depan dengan aksi debut pertamanya bersama The Red Devils dijadualkan menentang Ipswich Town pada 24 November.

Situasi itu menyaksikan pengendali interim, Ruud van Nistelrooy akan membimbing pasukan pada tiga perlawanan lagi sebelum Amorim berhijrah secara rasmi.

“Ruben Amorim telah bersetuju dengan kontrak yang ditawarkan pasukan sehingga penghujung musim 2027 dengan tambahan semusim bergantung prestasi.

“Dia adalah salah seorang jurulatih muda yang sedang meningkat naik dan berjaya membantu Sporting menamatkan kemarau 19 tahun kejuaraan Liga Portugal sebelum ini,” kata kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh United.

Amorim yang baru berusia 39 tahun menjadi pilihan No. 1 United untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Erik Ten Hag selepas pengendali kelahiran Belanda itu dipecat Isnin lepas.

Sumber – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Takut Kahwin Bimbang Tidak Boleh Beri Komitmen’

0
BIARPUN usia telah mencecah angka 39 tahun pelakon Adeline Tsen mengakui masih tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga. Kata Adeline atau nama sebenarnya, Adeline Anthony...

CATEGORIES