Sunday, January 26, 2025
HomeSUKANEPL: Pengadil Anti Liverpool Digantung

EPL: Pengadil Anti Liverpool Digantung

LONDON – Pentadbir Pengadil Profesional Liga Perdana Inggeris (PGMOL) mengesahkan bahawa telah menggantung khidmat pengadil mereka, David Coote dengan serta merta sehingga siasatan selesai dijalankan.

Coote berdepan hukuman tersebut selepas memuat naik satu video yang memaparkan dirinya mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada Liverpool dan bekas pengurus pasukan itu, Jurgen Klopp.

Video berkenaan yang sedang bertebaran di media sosial tidak dapat disahkan bila rakaman tersebut dibuat dan tahap ketulenannya menyebabkan PGMOL perlu melakukan siasatan terperinci dan khidmat Coote digantung buat sementara

Coote, 42, mengadili perlawanan ketika Liverpool menewaskan Aston Villa 2-0 pada Sabtu lalu dan merupakan salah seorang pengadil yang berpengalaman apabila mula menjalankan tugas tersebut sejak 2018.

Dalam video berkenaan, kenyataan dikeluarkan oleh Coote seakan merujuk kepada perlawanan antara Liverpool menentang Burnley pada Julai 2020 yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Klopp mengkritik Coote selepas perlawanan apabila mendakwa pengadil tersebut gagal mengawal perlawanan dan tidak melindungi pemain Liverpool yang menerima beberapa terjahan keras pemain lawan.

Dalam video yang berdurasi kira-kira lebih seminit itu, Coote mendakwa Klopp adalah seorang yang sombong apabila mengeluarkan tuduhan berkenaan yang dianggap telah mencalarkan imejnya.

Sumber – Agensi

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Takut Kahwin Bimbang Tidak Boleh Beri Komitmen’

0
BIARPUN usia telah mencecah angka 39 tahun pelakon Adeline Tsen mengakui masih tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga. Kata Adeline atau nama sebenarnya, Adeline Anthony...

CATEGORIES