Tuesday, February 18, 2025
HomeSUKANEPL: Maresca Cabar Pemain Untuk Bangkit

EPL: Maresca Cabar Pemain Untuk Bangkit

LONDON – Pasukan Chelsea tekad untuk kembali berada di landasan kemenangan sekiranya mahu mencabar kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) menjelang aksi bertemu Ipswich Town pada awal pagi esok.

Pengendali skuad The Blues, Enzo Maresca mengingatkan pemain untuk mempamerkan kebangkitan dengan menunjukkan prestasi sebenar dengan menewaskan pasukan tuan rumah di Portman Road nanti.

Kata Maresca, sekarang adalah peluang terbaik untuk pasukan membuktikan bahawa kekalahan mengejut kepada Fulham minggu lalu adalah berpunca daripada nasib yang kurang baik semata-mata.

“Seperti yang saya jangka, kita tidak boleh menang semua perlawanan dan ia terbukti selepas pasukan tewas pada minggu lepas. Namun, saya tidak terlalu risaukan keputusan itu sebaliknya mahu lihat bagaimana pemain bangkit pada aksi terserusnya.

“Kini, saya mencabar pemain untuk mempamerkan prestasi sebenar dengan meriah tiga mata berharga ketika bertemu Ipswich nanti,” katanya.

Sementara itu, Maresca sedia untuk memberikan peluang kepada pemain sayap, Noni Madueke beraksi selepas disisihkan pada perlawanan bertemu Fulham sebelum ini.

“Secara jujur, saya tiada sebarang isu di luar padang dengan Madueke dan punca saya gugurkan dia daripada skuad utama minggu lalu atas faktor taktikal,” katanya.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Polis Selamatkan Pemandu Kereta Dari Rentung

0
SHAH ALAM – Tindakan pantas dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada rentung selepas kenderaannya terbakar setelah bertembung dengan trak...

CATEGORIES