Sunday, January 26, 2025
HomeSUKANEPL: Langkah Kanan Ruud Van Nistelrooy

EPL: Langkah Kanan Ruud Van Nistelrooy

LEICESTER – Ruud van Nistelrooy memberikan impak positif dalam aksi pertamanya sebagai pengurus baharu Leicester City apabila membantu pasukan itu mencatat kemenangan 3-1 ke atas West Ham United pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium King Power, The Foxes memastikan kemenangan pertama dalam tujuh perlawanan terakhir dan ia hadir ketika penampilan sulung legenda Manchester United itu.

Nistelrooy menyuarakan rasa gembira dan teruja dengan kemenangan itu memandangkan beliau masih berada dalam proses untuk mengenali setiap pemain kerana baru sahaja dilantik sebagai pengurus minggu lalu.

“Saya masih berada dalam proses untuk menyesuaikan diri dan mengenali setiap orang di kelab ini. Bagaimanapun, saya memberikan sepenuh fokus terhadap perlawanan hari ini (semalam) dan mendapat apa yang dimahukan.

“Saya sangat gembira dengan keputusan ini, kami meraih tiga mata dan menjaringkan tiga gol. Secara keseluruhan, West Ham mendominasi perlawanan, jadi ini yang harus kami perbaiki pada perlawanan akan datang,” katanya.

Pada perlawanan itu, Leicester yang hanya memiliki 39 peratus penguasaan bola meledak tiga gol menerusi Jamie Vardy, Bilal El Khannouss dan Patson Daka manakala gol saguhati The Hammers dijaringkan Niclas Fullkrug.

“Semua pemain menunjukkan mereka sangat dahagakan kemenangan dan berjuang bagi mendapatkan tiga mata. Ini adalah asas yang kami perlukan untuk terus membina pasukan dan mencapai matlamat ditetapkan,” ujar Nistelrooy.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Takut Kahwin Bimbang Tidak Boleh Beri Komitmen’

0
BIARPUN usia telah mencecah angka 39 tahun pelakon Adeline Tsen mengakui masih tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga. Kata Adeline atau nama sebenarnya, Adeline Anthony...

CATEGORIES