Tuesday, February 18, 2025
HomeSUKANEPL: Guardiola Dedah Kekesalan Terbesar

EPL: Guardiola Dedah Kekesalan Terbesar

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menafikan penjualan Cole Palmer pada musim lalu menyumbang kepada kejatuhan prestasi mereka musim ini yang menjadi musim paling terus pengendali dari Sepanyol itu.

City membuat keputusan melepaskan Palmer menyertai Chelsea pada September tahun lalu yang menyaksikan pemain itu berjaya meledak 34 gol dan melakukan 17 umpanan jaringan dalam 53 penampilan bersama pasukan yang berpangkalan di London itu.

Bagaimanapun, Guardiola percaya kekesalan yang lebih besar ekoran kesilapan membuat keputusan adalah ketika beliau melepaskan khidmat Jesus Navas selepas semusim dilantik sebagai pengendali pasukan itu.

Navas menyertai City pada 2013 dan berjaya membuat 183 penampilan dalam semua kejohanan sebelum meninggalkan Etihad pada 2017 untuk pulang semula ke Sevilla dan mengumumkan persaraan pada usia 39 tahun selepas kontraknya berakhir semalam.

“Terima kasih kerana memberi kesempatan buat saya bekerja dengan anda selama semusim. Anda tidak tahu betapa menyesalnya saya melepaskan anda pergi.

“Saya gembira jika anda terus kekal lebih lama di Etihad, tetapi adakalanya saya juga melakukan kesilapan. Tahniah kepada Sevilla kerana memiliki seorang pemain yang luar biasa,” kata Guardiola

Sepanjang tempoh bersama City, Navas berjaya merangkul satu gelaran Liga Perdana Inggeris dan dua kali menjulang trofi Piala Liga Inggeris, selain bersama Sevilla dia juga memenangi dua gelaran Liga Europa dalam tempoh empat musim.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Rumah Separa Kekal Terbakar Di Felda Sungai Retang

0
JERANTUT – Sebuah rumah separuh kekal musnah dalam kejadian kebakaran di Felda Sungai Retang di sini malam semalam. Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia...

CATEGORIES