Saturday, June 15, 2024
HomeLUAR NEGARAEPL: Arsenal Merebut Kemenangan Manchester City 1-0

EPL: Arsenal Merebut Kemenangan Manchester City 1-0

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menyifatkan pasukannya sudah memberikan gambaran jelas mengenai kemampuan mereka selepas menewaskan Manchester City 1-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Emirates malam kelmarin.

Pada perlawanan itu, The Gunners memastikan tiga mata menjadi milik mereka menerusi jaringan pemain gantian, Gabriel Martinelli pada minit ke-86 apabila percubaannya tertampan Nathan Ake sebelum menerjah jaring.

Berdasarkan kenyataan Kosmo, keputusan itu boleh dianggap sebagai hari bersejarah buat Arsenal memandangkan mereka tidak pernah mencatat kemenangan ke atas City dalam 12 pertemuan liga terdahulu sepanjang lapan tahun selain terlepas gelaran Liga Perdana kepada The Citizens musim lalu.

“Satu perasaan yang sangat hebat dan sukar digambarkan apabila kami akhirnya berjaya tewaskan mereka selepas beberapa tahun. Mereka adalah pasukan terbaik di dunia, namun kami tewaskan mereka dengan bergaya.

“Mungkin kami agak bergelut pada perlawanan hari ini (kelmarin) tetapi semua pemain menunjukkan kesungguhan serta kegigihan untuk kalahkan mereka, jadi saya sangat gembira dengan usaha pemain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menganggap kekalahan kepada City sebelum ini dijadikan sebagai medan untuk pemain-pemainnya belajar dan menjadi lebih matang, sekali gus membantu kemenangan mereka.

“Sebelum menewaskan mereka, kami perlu berdepan kekalahan kerana ia adalah pengalaman yang boleh mematangkan pemain. Musim lalu, kami adalah pasukan lebih baik tetapi tuah lebih menyebelahi City,” ujar Arteta.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Terbuka Australia: Lee Zii Jia Hampiri Ke Pentas Final

0
KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia hanya selangkah untuk mara ke pentas final pada Kejohanan Badminton Terbuka Australia selepas melayakkan...

CATEGORIES