Tuesday, February 18, 2025
HomeSUKANEPL: Amorim Beri Syarat Untuk Rashford Kembali

EPL: Amorim Beri Syarat Untuk Rashford Kembali

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim sedia memberikan peluang semula kepada penyerang pasukan itu, Marcus Rashford sekiranya pemain itu mampu memenuhi syarat.

Awal pagi tadi, Rashford sekali lagi terlepas aksi ketika United berdepan FCSB pada saingan Liga Europa di Romania untuk aksi terakhir fasa liga biarpun dia menjalani latihan bersama pasukan itu pada Rabu, tetapi namanya tidak tersenarai.

Amorim mengakui bahawa peluang untuk Rashford kembali berada dalam skuad sentiasa terbuka, namun pemain berusia 27 tahun itu perlu mengubah sikap dan cara bekerja untuk memastikan dia mampu memberi sumbangan penting buat pasukan.

“Bayangkan bakat seperti Rashford, sudah pasti pasukan kami akan menjadi lebih baik, tetapi dia perlu berubah.

“Jika dia sanggup berubah, kami berbesar hati untuk menerimanya semula dalam pasukan ini. Saya tidak ada prejudis terhadapnya, tetapi saya perlu menetapkan peraturan ini untuk semua orang.

“Kami perlukan gol, kami perlukan pemain yang mampu menentang pemain lawan satu sama satu dan kami perlu lebih mengancam dalam kotak penalti lawan,” katanya.

Rashford tidak berada dalam dalam skuad United selepas kemenangan pasukan itu ke atas Viktoria Plzen pada 12 Disember lalu dan hanya berada di bangku simpanan sekali dalam 11 perlawanan lalu.

“Situasinya sama untuk semua pemain. Saya tidak akan menyenaraikan mereka yang tidak bersedia memberikan aksi paling baik. Apabila saya merasakan sudah tiba masanya, saya akan meletakkan mereka untuk bermain.

“Kami adalah pasukan yang lebih baik bersama Rashford, namun buat masa ini saya tidak akan mengubah fikiran saya,” jelasnya.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

702 Pesawah Perak Terima Bantuan Bencana RM813,081

0
BAGAN SERAI – Sebanyak RM813,081 telah diperuntukkan menerusi Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) untuk membantu 702 pesawah di Perak yang terkesan akibat kemarau dan...

CATEGORIES