Engku Emran Tertekan Dilempar Pelbagai Tohmahan Asyik Bercerai

0
78

Kuala Lumpur : Dihakimi kerana kegagalan perkahwinan kali ketiganya, bekas suami kepada usahawan Noor Nabila iaitu Engku Emran meluahkan rasa terkilan.

Membela diri di sebalik tohmahan yang dilemparkan, Emran berkongsi paparan skrin perbualan bersama dua kenalan rapat merangkap penasihatnya yang dikenali sebagai Ustaz Rosli dan Kekanda Uchop.

“Saya bukan Nabi. Saya kesian pada ayah dan anak saya terpaksa mengadap cerita-cerita sampah macam ini.

“Saya sendiri boleh telan semua itu tapi kasihan keluarga dan sahabat-sahabat. Mereka pun mungkin terasa malu juga,” katanya.

Menerusi perbualan mesej yang dimuat naik di Instagram Story itu, Ustaz Rosli menasihati Emran untuk memenuhkan jadual harian dengan membaca al-Quran, berzikir, berdoa dan mengamalkan taalim di rumah.

Akui ahli perniagaan berumur 48 tahun, perceraian kali ketiga ini benar-benar menguji kesabarannya apabila banyak fitnah yang bertebaran terutama memberi tempias kepada anak perempuannya, Engku Aleesya.

Sementara itu, Kekanda Uchop pula berpendapat tindakan mendiamkan diri lebih baik dari berkata-kata.

Katanya lagi, Emran tidak perlu menegakkan kebenaran sebaliknya menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

Terdahulu, Engku Emran dan usahawan terkenal Noor Nabila sah bercerai talak salah pada Isnin selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.

Dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here