Sunday, January 26, 2025
HomeLUAR NEGARAEnggan Melancong, Remaja Beli Bungkusan Udara Dari Bandung, Jakarta

Enggan Melancong, Remaja Beli Bungkusan Udara Dari Bandung, Jakarta

JAKARTA – Seorang wanita tular di media sosial Indonesia selepas memuat naik video dia membuka bungkusan berisi udara dari Bandung dan Jakarta yang dijual secara online.

Portal berita Wolipop melaporkan, video memaparkan wanita bernama Zueenaputry itu dimuat naik dalam akaun TikTok @zueenaaaaa.

“Review udara Bandung dan Jakarta. Bungkusan sudah sampai, mari kita buka.

“Harganya 12,000 rupiah (RM3.50) setiap satu. Selepas didarab dua, ia menjadi 24,000 rupiah (RM7). Caj penghantaran adalah 4,000 rupiah (RM1.20),” katanya.

Menurut Zueenaputry, dia diberitahu bahawa udara dari Bandung dan Jakarta boleh menghilangkan tekanan.

Dia kemudian membuka bungkusan itu dan menghidu udara di dalam plastik tersebut.

“Terhidu sekali aroma debu. Kawan-kawan, tekanan saya makin bertambah selepas menghirup udara ini. Dengan bajet hanya 12,000 rupiah, saya boleh menghidu udara Jakarta tanpa melancong,” katanya.

Zueenaputry kemudian membuka bungkusan plastik yang dipenuhi udara dari Bandung. Dia serta-merta merasakan sensasi yang berbeza apabila menghirup udara tersebut.

Wolipop telah menghubungi Zueenaputry yang berasal dari Bogor, Jawa Barat. Remaja berusia 18 tahun itu mengakui dia membeli udara tersebut secara online.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Takut Kahwin Bimbang Tidak Boleh Beri Komitmen’

0
BIARPUN usia telah mencecah angka 39 tahun pelakon Adeline Tsen mengakui masih tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga. Kata Adeline atau nama sebenarnya, Adeline Anthony...

CATEGORIES