Enam Bulan Masuk Penjara, Siti Bainun Turun 60kg

0
229
Foto: Vocket

KUALA LUMPUR, 13 November- Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bersidang bagi pendengaran rayuan Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali kerana mengabai dan menganiaya remaja sindrom down, Bella.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah susuk tubuh Siti Bainun yang kelihatan semakin kurus ketika tiba di mahkamah.

Sejak dimasukkan ke Penjara Kajang selepas didapati bersalah mengabai dan menganiaya Bella, Siti Bainun mengalami penurunan berat badan 60kg dalam masa enam bulan.

Wanita berusia 31 tahun itu mempunyai berat badan 150kg ketika mula dipenjarakan Mei lalu namun kini menyusut kepada 90kg sahaja.

Siti Bainun mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun yang diputuskan terhadapnya, enam bulan lalu.

Pada 3 Mei lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Siti Bainun menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, 13, di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Mahkamah turut memerintahkannya menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000.

Dia juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Pada 23 Mei, Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguhkan hukuman penjara kerana tiada keadaan khas mewajarkan pengasas Rumah Bonda itu dilepaskan sementara menunggu rayuan sabitan serta hukuman didengar.

Berikutan itu, Siti Bainun menjalani hukuman penjara serta-merta di Penjara Kajang bermula tarikh disabitkan dengan kesalahan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here