Enam Beradik ‘Jahanam’ Ditahan Rogol Bergilir-Gilir Kanak-Kanak 11 Tahun

0
785

GERIK, 22 November- Polis menahan tujuh lelaki termasuk enam beradik dipercayai merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun secara bergilir-gilir di Kampung Pahat Luar, pada 3 November lalu.

Ketua Polis Gerik, Supt Zulkifli Mahmood berkata laporan mengenai kejadian diterima jam 9.26 malam kelmarin daripada ibu mangsa yang menyatakan anaknya dirogol secara bergilir-gilir oleh tujuh suspek tersebut yang juga kenalan kepada abang mangsa.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang 3 November lalu disaksikan adik lelaki mangsa berusia 9 tahun yang melihat kesemua suspek itu yang merogol mangsa di dalam bilik rumah jiran bersebelahan.

“Adik mangsa juga memberitahu ada melihat kejadian yang sama berlaku kepada kakaknya sebelum ini dan ia sudah beberapa kali berlaku.

“Susulan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik telah membuat tangkapan ke atas semua suspek yang berusia 13 hingga 31 tahun.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas semua suspek didapati negatif,”katanya.

Jelas Zulkifli, kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here