Empat Sahabat Didakwa Bunuh Warga Emas

0
125

BALING, 10 Oktober- Empat lelaki berdepan hukuman mati kerana membunuh seorang warga emas 1 Oktober lalu.

Kesemua mereka didakwa di Mahkamah Majistret Baling hari ini namun, tiada pengakuan direkodkan apabila mereka hanya mengangguk faham di hadapan Hakim Najwa Che Mat selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadap mereka berikutan kes bunuh bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
 
Tertuduh, K. Tamilselvam, 25 tahun, C.Vickarran, 33 tahun, Sarim Omar, 33 tahun, dan S.Sureshkumar, 21 tahun ,  dituduh mencapai niat bersama melakukan bunuh ke atas S. Kanan, 71 tahun, di No 170, Lorong Bidara 4, Taman Desa Bidara, Kuala Ketil.

Kesalahan itu dilakukan antara pukul 3 hingga 4.20 petang 1 Oktober lalu.

Kes dikendalikam mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.
 
Ia memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara bagi tempoh tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun dan jika tidak dihukum gantung hendaklah juga dikenakan hukuman sebatan tidak kurang 12 sebatan sekiranya didapati bersalah. 
 
Hakim kemudiannya menetapkan 14 Disember depan  untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik dan laporan kimia.
 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ikmal Affandi Zulkifli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 2 Oktober lalu, media melaporkan seorang warga emas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan tangan dan kakinya diikat serta terdapat kesan jerut di leher.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here