Sunday, May 19, 2024
HomeLUAR NEGARAElon Musk Pastikan Sumbangan Tidak Sampai Kepada Hamas

Elon Musk Pastikan Sumbangan Tidak Sampai Kepada Hamas

WASHINGTON – Bilionair terkemuka, Elon Musk menyatakan bahawa semua hasil daripada pengiklanan dan langganan yang berkaitan perang di Gaza akan didermakan kepada hospital di Israel dan Palang Merah di wilayah Palestin, lapor laman berita MailOnline.

Musk berkata, syarikatnya akan memantau bagaimana dana itu akan dibelanjakan dan ia akan disalurkan melalui Persatuan Palang Merah termasuk Bulan Sabit Merah.

Menurutnya, ia bagi memastikan wang berkenaan tidak sampai kepada kumpulan Hamas.

Musk menulis di platform X dengan berkata: “Kita harus mengambil berat tentang mereka yang tidak bersalah tanpa mengira kaum, kepercayaan, agama atau apa sahaja.”

Pengumuman itu dibuat selepas pengasas bersama syarikat kenderaan elektrik Tesla itu didakwa mempromosikan pendirian anti-Semitik selepas membalas hantaran seorang netizen baru-baru ini dengan memberikan komen seolah-olah bersetuju terhadap teori anti-Yahudi yang dikemukakan.

Netizen tersebut mendakwa bahawa orang Yahudi menghasut kebencian terhadap orang kulit putih walaupun meminta pihak lain berhenti melakukan perkara serupa terhadap mereka.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Resit Pesanan Pizza Pelanggan Hina Islam, Polis Buka Kertas Siasatan

0
BAYAN LEPAS: Lapan individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes resit tempahan makanan segera dalam talian yang mempunyai ayat didakwa menghina Islam. Ketua Polis Daerah...

CATEGORIES