Elak Terlupa Anak Dalam Kereta Berulang, KPWKM Arah Taska Perlu Hubungi Penjaga

1
51
Fotoi: The Merdeka Times

KUCHING, 13 November- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengeluarkan tetapan baharu iaitu mewajibkan operator Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) menghubungi ibu bapa sekiranya anak mereka tidak hadir.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata ia, bagi mengelakkan kes kematian kanak-kanak tertinggal di dalam kereta berulang.

“Prosedur operasi standard (SOP) perlu dikemas kini susulan beberapa kes yang berlaku sejak kebelakangan ini selepas penjaga terlupa menurunkan anak mereka di premis taska dan meninggalkan mereka di dalam kereta.

“Sekiranya ibu bapa tidak dapat dihubungi, perlu juga ada nombor telefon kecemasan bagi membolehkan taska menghubungi seperti ahli keluarga terdekat.

“Namun ada yang saya tak boleh lakukan sebab ia bawah kementerian berbeza, contohnya orang kata melarang penggunaan cermin kereta gelap. Ia bukan di bawah bidang kuasa saya, jadi saya hanya boleh lakukan sesuatu yang di bawah bidang kuasa saya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Malam Media Sarawak.

Setakat Oktober lepas sehingga kini, beliau berkata sejumlah tiga kes kanak-kanak maut berikutan tertinggal di dalam kereta telah dilaporkan.

Pada 6 Oktober, seorang bayi perempuan berusia lapan bulan meninggal dunia selepas kira-kira 10 jam ditinggalkan di dalam kereta oleh ibunya di tempat letak kereta di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras.

Sementara pada 24 Oktober, seorang bayi perempuan berusia 16 bulan yang juga anak seorang kakitangan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kuala Nerus maut setelah ditinggalkan secara tidak sengaja di dalam kereta bapanya.

Manakala empat hari lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal di dalam kereta di Ara Damansara, di Petaling Jaya.

Kesemua kes di atas berpunca ibu bapa yang terlupa dan beranggapan telah menghantar anak ke taska.

1 COMMENT

  1. Hey

    I wanted to reach out and let you know about our new dog harness. It’s really easy to put on and take off – in just 2 seconds – and it’s personalized for each dog.
    Plus, we offer a lifetime warranty so you can be sure your pet is always safe and stylish.

    We’ve had a lot of success with it so far and I think your dog would love it.

    Get yours today with 50% OFF: https://caredogbest.com

    FREE Shipping – TODAY ONLY!

    Many Thanks,

    Joycelyn

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here