Elak Kes Liwat Berulang, Melaka Perketat Pemantauan Di Asrama Mualaf

0
64
Foto: ohbulan!

MELAKA, 28 Disember- Kerajaan negeri Melaka ambil iktibar dengan kejadian liwat membabitkan pelajar tahun enam di sebuah asrama mualaf di negeri itu dengan mengetatkan pemantauan dan penjagaan penghuni asrama bagi mengelakkan sebarang salah laku berulang.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka Datuk Rahmad Mariman berkata, tapisan lebih ketat juga akan dilakukan termasuk mewujudkan beberapa garis panduan bagi meningkatkan tahap keselamatan penghuni di dua lokasi asrama di negeri itu.

“Penghuni asrama ini datang daripada pelbagai latar belakang, ada juga berlaku kes-kes yang tak sepatutnya berlaku.

“Bila kes ini sudah berlaku saya terus mengambil tindakan membuat lawatan dan juga menggariskan beberapa peraturan yang baru supaya perkara ini tidak berlaku lagi.

“Antaranya saya bagi contoh tempat penginapan, tidak boleh tinggal berdua sahaja, maksudnya ia perlu didiami lebih daripada dua orang,”katanya.

Terdahulu, seorang lelaki ditahan disyaki meliwat kanak-kanak berusia 12 tahun sebanyak 30 kali di sebuah asrama lelaki saudara baharu, sejak Mei lalu.

Suspek yang tidak bekerja itu direman enam hari bermula hingga 30 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here