Elak Fitnah, Misya Kongsi Gambar Bersama Aslam

0
117
Foto: Harian Metro

Kuala Lumpur: Madu kepada anak selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim iaitu Umisya Mazlan mendakwa masih bergelar isteri pertama kepada Aslam.

Bukan hanya terikat sebagai isteri pertama, Umisya turut berkongsi gambar bersama Aslam memaklumkan mereka juga turut menyambut Aidilfitri bersama-sama.

“Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin dari kami. Yang bertanya, ya. Kami masih bersama.

“Misya tak suka nak dedahkan atas asbab tertentu. Bukan sebab hendak bersaing, cemburu dan lain-lain.

“Sebaliknya perkongsian ini sebagai kenangan dan mengelak fitnah hari ini Misya muat naik gambar raya bersama yang diambil masa Hari Raya pertama,” tulisnya di Instagram.

Terdahulu, tular video memuatkan, Marissa Dania yang disambut ibu tirinya, Memey Suhaiza dan abangnya, Danish Hakim yang membawa Aslam bertemu dan bersalaman dengan Abby Abadi.

Abby dilihat memeluk erat Marissa sebelum bersalaman dengan Aslam. Ribuan komen dan respon pelbagai dengan situasi itu selain timbul anda tanya mengenai status Umisya dan Aslam.

Enggan memanjangkan isu, Umisya menyifatkan sebagai wanita yang bijak, dia memilih untuk tidak memanjangkan perdebatan dengan mana-mana pihak.

Untuk rekod, Aslam dan Marissa berkahwin di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Kisah pasangan ini tular apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Aslam dan isterinya, Misya sehingga bercerai.

Sumber: Buletin TV3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here