Dua Wanita Antara Lima Ditahan Curi Kabel Telekom

0
103

MELAKA, 6 November- Tiga lelaki dan dua wanita ditahan selepas disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) dianggarkan bernilai RM8,500 di Sungai Rambai, Jasin, Melaka semalam.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata kesemua suspek berusia antara 19 dan 37 tahun itu ditahan di sekitar daerah Jasin serta Muar dan Tangkak, Johor

Beliau berkata ujian saringan air kencing mendapati seorang daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine.

“Tangkapan dilakukan susulan satu laporan polis dibuat seorang Juruteknik TM pada 1.45 pagi tadi setelah menerima maklumat daripada Sistem Alarm Fiber berkaitan kerosakan kabel di Sungai Rambai, Jasin.

“Pemeriksaan yang dijalankan di lokasi mendapati terdapat kabel lebih kurang 250 meter telah dipotong,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Zainol berkata dua kenderaan, lapan gelung kabel telekomunikasi dan beberapa peralatan yang dipercayai digunakan bagi memotong kabel turut dirampas polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here