Friday, February 7, 2025
HomeHIBURANDua 'raja' kongsi pentas demi Gaza

Dua ‘raja’ kongsi pentas demi Gaza

KUALA LUMPUR: Belum pernah berkongsi pentas, Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah dan Raja Hip Hop, Joe Flizzow tidak sabar menghiburkan peminat pada Konsert Divas & Diamonds 2024 di Arena Larkin, Johor Bahru pada 7 September depan.

Bagi kedua-dua figura itu, pelawaan menjayakan konsert itu dianggap suatu penghormatan besar, apatah lagi acara itu turut menampilkan penyanyi terkenal dari Indonesia, Datuk Rossa dan Dayang Nurfaizah.

Jamal yang menerima lamaran menjayakan konsert itu kira-kira dua bulan lalu, tidak berfikir panjang apabila dihubungi pengurusan Mega Eve Sdn Bhd.

“Saya sangat teruja kerana konsert ini membariskan figura terkenal. Saya juga tidak sabar membuai penonton dengan lagu menusuk kalbu.

“Saya akan cuba tampilkan kelainan dengan memberi sentuhan susunan muzik baharu kepada lima lagu yang bakal didendangkan malam itu.

“Kepercayaan saya berikan kepada pengarah muzik, Genevie Kim untuk meletakkan sentuhan magisnya. Saya yakin dia mampu kerana kami pernah bekerjasama pada persembahan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), beberapa tahun lalu,” katanya.

Bagi Joe Flizzow, peluang beraksi di Arena Larkin mengimbau kenangan menemani datuk yang juga bekas pengurus pasukan bola sepak negeri Johor ke Stadium Larkin, Johor Bahru, pada era 1970-an.

“Saya cuba bawa kelainan dalam setiap persembahan. Sebelum ini, saya bawa 11 pemuzik mengiringi persembahan di Singapura. Kali ini, saya mahu gabungkan deejay dan orkestra.

“Saya mahu buka mata peminat atau penggiat muzik yang baru berjinak-jinak dalam dunia muzik bahawa tiada apa yang mustahil untuk dilakukan.

“Sebelum ini, saya tidak pernah jangka muzik hip hop dapat bergabung bersama orkestra. Jadi, saya harap persembahan ini dapat beri aspirasi dan motivasi kepada artis baharu bahawa muzik hip hop itu sebenarnya tiada had,” katanya.

Tiket Divas & Diamonds dijual pada harga RM288 hingga RM888. Lima peratus daripada hasil kutipan konsert akan disalurkan kepada tabung kemanusiaan Gaza.

Sumber : Berita Harian

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Gurauan Berlebihan Boleh Buat Orang Tak Selesa’

0
BUKAN sekadar hidup dilingkungi populariti, golongan selebriti merupakan suri teladan yang seharusnya menjadi contoh baik kepada masyarakat menerusi perkongsian hal bermanfaat. Pelakon Scha Alyahya antara...

CATEGORIES