Dua Lelaki Maut Dua Kali Dirempuh Lori

0
54
Foto: Harian Metro

ROMPIN, 16 November- Dua lelaki maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di KM 137 Jalan Kuantan-Johor Bahru, dekat Rompin semalam.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Rahmat Ab Rahim, 34, dan Muhammad Amirul Mukmini Mat Daud, 31.

Menurut Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, pemandu dan penumpang kereta jenis Nissan Almera iaitu Mohd Rahmat dan Muhammad Amirul Mukmini mengalami kecederaan pada bahagian kepala maut di lokasi kejadian.

Beliau berkata kejadian dipercayai berpunca apabila kenderaan dinaiki mangsa yang dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Johor Bahru, Johor sedang berhenti untuk masuk ke simpang di sebelah kanan jalan, sebelum dirempuh sebuah lori dari arah belakang.

“Akibat pelanggaran itu, kereta berkenaan telah terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah lori pembancuh simen dalam perjalanan dari arah Johor Bahru ke Kuantan mengakibatkan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian,” katanya.

Yahaya berkata kedua-dua pemandu lori itu hanya mengalami luka pada bahagian kepala

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here