Dua Lelaki Indonesia Lakukan Samun Berkumpulan, Larikan Wang RM30,000

0
44

SEBERANG PERAI – Dua lelaki warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan melakukan samun berkumpulan dan melarikan wang RM30,000 milik seorang lelaki tempatan pada Mei lalu.

Tertuduh, Ari Kustiawan, 35, dan Ripki, 41 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka secara bersama-sama telah melakukan samun berkumpulan tanpa senjata dengan motosikal terhadap seorang lelaki berusia 65 serta melarikan wang berjumlah RM30,000.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah syarikat di Bandar Perda, Bukit Mertajam di sini pukul 3.20 petang pada 30 Mei lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika prosiding, Wan Amira tidak menawarkan jaminan atas faktor kedua-dua tertuduh bukan warga tempatan.

Hakim yang bersetuju dengan permohonan itu kemudiannya menetapkan 12 Julai depan untuk mengemukakan fakta dan hukuman ke atas kedua-dua tertuduh. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here