Tuesday, February 18, 2025
HomeBERITADua Beradik Lemas Jatuh Tali Air

Dua Beradik Lemas Jatuh Tali Air

BACHOK – Niat murni seorang abang untuk menyelamatkan adiknya yang terjatuh ke dalam tali air berakhir dengan tragedi apabila kedua-dua mereka lemas di Kampung Kubang Telaga di sini petang isnin.

Salah seorang mangsa, Muhamad Amirul Mukminin Zehan, 17, dijumpai oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat kira-kira pukul 8.25 malam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Mohd. Zamizi Muhamad berkata, pasukannya ketika ini sedang mencari seorang lagi mangsa, Muhammad Asadullah Zehan, 11, yang masih hilang.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.36 petang sebelum anggota bertugas bergegas ke lokasi kejadian.

Anggota bomba menjalankan operasi mencari dua beradik yang lemas di kawasan tali air di Kampung Kubang Telaga, Bachok petang tadi. – Foto IHSAN BOMBA

“Difahamkan, kejadian berlaku ketika dua beradik itu berada di atas jambatan sebelum Muhammad Asadullah terjatuh ke dalam tali air.

“Muhamad Amirul Mukminin bertindak terjun ke dalam tali air untuk menyelamat adiknya, dia turut lemas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Zamizi memberitahu, Muhamad Amirul Mukminin dijumpai selepas dua jam operasi dijalankan sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Tambahnya, PPDA masih melakukan selaman untuk mencari seorang lagi mangsa yang masih hilang.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Rumah Separa Kekal Terbakar Di Felda Sungai Retang

0
JERANTUT – Sebuah rumah separuh kekal musnah dalam kejadian kebakaran di Felda Sungai Retang di sini malam semalam. Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia...

CATEGORIES