KELANTANGAN Duchess of Sussex Meghan Markle yang mengkritik pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilihat akan mencetuskan masalah besar kepada suaminya iaitu Putera Harry.
Difahamkan, selepas memperoleh kemenangan penggal kedua sebagai presiden, Trump berkemungkinan akan menyekat permohonan visa
Putera Harry untuk menetap di Montecito, California, Amerika Syarikat (AS).
Memetik Independent UK, tindakan tersebut dibuat Trump berikutan Putera Harry memilih untuk meninggalkan Ratu Elizabeth II selepas berkahwin dengan aktres, Markle.
“Saya tidak akan melindunginya. Dia mengkhianati Ratu. Itu tidak boleh dimaafkan.
“Dia akan bersendirian jika itu disebabkan oleh saya,” kata Trump.
Trump turut meminta agar pasangan terbabit bersedia dengan segala kemungkinan terhadap keputusan permohonan visa Putera Harry untuk menetap di AS.
Sumber – Kosmo! Online