KUALA LUMPUR, 15 November- Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan seorang doktor hospital swasta membayar ganti rugi berjumlah RM335,000 kpada bekas pemain hoki kebangsaan dalam saman cuai bagi pihak mendiang isterinya yang meninggal dunia 10 bulan selepas mengalami strok pangkal otak.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan saman difailkan Avtar Singh terhadap doktor berkenaan yang memeriksa, mendiagnos dan merawat isterinya, Salinder Kaur.
Mahkamah membenarkan ganti rugi khas sebanyak RM234,624.09 serta ganti rugi am RM100,000 kepada plaintif (Avtar) dan kos RM40,000.
Raja Ahmad Mohzanuddin turut menyatakan bahawa doktor tersebut telah mengaku bertanggungjawab terhadap tuntutan plaintif.
Bagaimanapun, Raja Ahmad Mohzanuddin menolak tuntutan plaintif terhadap hospital swasta berkenaan di Kelana Jaya itu dengan kos RM30,000 selepas memerintahkan hospital berkenaan tidak bertanggungjawab.
Menurut pernyataan tuntutan difailkan pada 2019, Salinder dibawa ke jabatan kecemasan hospital berkenaan pada 21 Ogos 2016 selepas mengalami sakit yang teruk dan kebas pada lengan kiri.
Hakim berkenaan berkata ada dakwaan bahawa doktor tersebut menjalankan tugas di luar bidang kelayakannya dan gagal mendiagnos dengan betul kerana hospital berkenaan tidak mempunyai peralatan perubatan yang sewajar justeru, Salinder dipindahkan ke hospital lain.
Memandangkan keadaannya tidak beransur pulih, Salinder yang ketika itu lumpuh dibawa pulang ke rumah sebelum meninggal dunia pada 19 Jun 2017.
Avtar, 68, merupakan pemain skuad negara yang beraksi dalam Sukan Olimpik 1976 dan 1980 serta turut serta dalam dua Piala Dunia pada tahun 1978 dan 1981.
This piece of writing is truly a fastidious one it assists new
web people, who are wishing for blogging.