Djokovic Bakal Beraksi Pada Temasya Sukan Olimpik Paris 2024

0
48
Foto: Berita Harian

BELGRADE: Bekas pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic, akan memeriahkan gelanggang Sukan Olimpik Paris 2024 bulan depan.

Jawatankuasa Olimpik Serbia mengesahkan bahawa Djokovic akan bertanding di Paris bersama Dusan Lajovic.

“Novak Djokovic dan Dusan Lajovic telah memenuhi syarat yang ditetapkan oleh ranking ATP dan telah mengesahkan penyertaan mereka dalam Sukan Olimpik Paris 2024,” kata jawatankuasa itu.

Awal bulan ini, juara Grand Slam 24 kali tersebut memutuskan untuk menarik diri daripada perlawanan suku akhir Terbuka Perancis menentang Casper Ruud setelah imbasan menunjukkan kecederaan di lutut kanannya.

Dua minggu lalu, Djokovic mengesahkan bahawa dia telah menjalani pembedahan lutut yang berjalan lancar, tetapi tidak mendedahkan tempoh pemulihannya.

Djokovic telah menyertai empat temasya Olimpik dan memenangi pingat gangsa di Beijing 2008.

Temasya Olimpik Paris menjadi keutamaan utama bagi Djokovic dalam usahanya memburu pingat emas pertama dalam acara perseorangan.

“Olimpik Paris amat penting. Olimpik sentiasa menjadi keutamaan saya,” kata Djokovic dua bulan lalu sebelum beraksi di Monte Carlo.

Selepas menarik diri dari Roland Garros, Djokovic jatuh ke tangga ketiga dalam ranking dunia. – AFP

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here