Saturday, October 12, 2024
HomeHIBURAN'Dituduh Nikah Tidak Sah Dan Sudah Berzina Itu Sangat Berat' - Sabri...

‘Dituduh Nikah Tidak Sah Dan Sudah Berzina Itu Sangat Berat’ – Sabri Yunus

Kuala Lumpur : Pengarah, pelakon dan pelawak popular, Sabri Yunus menganggap tuduhan seorang pendakwah yang mendakwa dia dan isterinya, Angeline Tan sudah berzina kerana pernikahan yang berlangsung Sabtu lalu tidak sah adalah sangat berat, lapor Berita Harian.

Sabri menerusi satu catatan di Facebook turut meluahkan rasa sedih apabila lafaz qabul yang diungkapkan turut menjadi perdebatan pendakwah terbabit sekali gus mengundang persepsi negatif.

“Seorang ustaz dengan jelas dan terang mengata (menuduh) pernikahan kami tidak sah dan terus membuat kesimpulan kami akan berzina. Ia satu tuduhan berat.

“Dalam video yang sama dikatanya lafaz qabul yang mengelirukan. Siapa yang keliru? Dalam majlis (pernikahan) itu hanya perlu dua saksi walaupun hampir 25 orang yang hadir. Saksi dua orang tak keliru dan 25 tetamu pun sama.

“Orang di luar tidak bersama dalam majlis tidak ada isu dalam penyaksian majlis itu. Dia dengar atau tidak, faham atau tidak bukan isu pengesahan. Soal pandangan mazhab dah jelas ada khilaf dan setujunya.

“Saya tak fikir ada orang tak faham bila qabul jawab saya setuju. Tak mungkin ada orang akan fikir setuju pada hal lain selain daripada setuju hal nikah. Tak mungkin ada yang fikir dia setuju pasal kereta atau rumah,” tulisnya.

Dalam masa sama, Sabri menyifatkan individu yang sengaja melemahkan fikirannya dalam isu berkaitan lafaz qabul adalah selemah-lemah manusia.

Terdahulu, seorang pendakwah dalam satu ceramahnya baru-baru ini mendakwa pasangan yang dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali Dr Maza itu tidak memenuhi ucapan ijab dan qabul yang sepatutnya.

Menurut Berita Harian, dalam masa sama, Sabri mendedahkan ahli agamawan itu dilaporkan tidak sehaluan dengan Dr Maza sehingga wujud perselisihan pendapat.

“Saya tahu ustaz ini banyak tidak sependapat dan sealiran dengan Dr Maza yang bertindak sebagai jurunikah kami. Jadi ada bau permusuhan antara mereka.

“Dalam videonya, saya dapat rasakan permusuhan itu apabila ustaz ini mengheret beberapa isu lain yang tiada kena mengena dengan isu kami.

“Ini menunjukkan dia cuba mengukuhkan pandangannya terhadap jurunikah kami. Janganlah kami dijadikan mangsa kebencian tuan kepada seteru tuan.

“Hari ini saya baca banyak lagi pandangan ulama lain akan isu ini. Ternyata berbeza dengan pandangan ustaz ini. Jangan letak hukum atas dasar rasa kebencian semata mata. Agamawan tidak harus bersikap begitu. Tidak terselit keikhlasannya,” katanya.

Sementara itu, Sabri menegaskan majlis pernikahannya yang berlangsung di Perlis tidak melanggar sebarang akta berkaitan urusan pernikahan.

“Secara peribadi saya sedar apa yang akan berlaku apabila kami buat keputusan untuk bernikah di Perlis dan memohon untuk diakadkan oleh Dr Maza.

“Saya ada sebab tersendiri memilih Perlis, tetapi saya tidak menyangka isu lain, isu yang saya tak terbayang pun oleh akal fikir saya (tuduhan daripada seorang agamawan)

“Hal ehwal agama di bawah kuasa kerajaan negeri dan kami tidak melanggari apa-apa kata berkaitan urusan pernikahan itu,” katanya.

Sumber: Berita Harian

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Taktik Licik Wanita Samun Kedai Emas Akhirnya Terbongkar!

0
ALOR GAJAH – Kegiatan seorang wanita berkaca mata hitam yang aktif menyamun tujuh buah kedai emas di sekitar Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan sejak...

CATEGORIES