‘Ditidurkan’ Tidak Semestinya Meninggal Dunia, Henti Sebar Mitos – KKM

0
120
Foto: SelangorKini

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menyeru orang ramai agar tidak menyalahgunakan perkataan ‘ditidurkan’ untuk mengelakkan sebarang penularan informasi yang tidak sahih.

Menurut hantaran KKM di aplikasi X, pesakit ‘ditidurkan’ atau diletakkan di bawah ‘induced coma’ sebagai usaha untuk menyelamatkan mangsa, terutamanya jika pesakit berada dalam keadaan kritikal.

Malah, KKM juga mengaskan pesakit meninggal dunia bukan disebabkan perkara tersebut, namun kerana kesihatan mereka yang semakin merosot.

“Perkataan ‘ditidurkan’ menjadi ketakutan ramai sejak kebelakangan ini. Tanggapan ini hanyalah salah faham yang wajar dibetulkan agar informasi tidak tepat dapat dibendung penyebarannya.

“Orang ramai dinasihatkan untuk menyemak kesahihan video yang ditularkan agar ianya tidak menyebabkan kebimbangan atau kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Tangkap layar hantaran KKM di aplikasi X, hari ini.

Tambah KKM, kaedah intubasi atau ditidurkan dilakukan untuk memastikan pesakit meninggal dunia dengan selamat adalah satu salah faham yang perlu dibendung.

“Ada banyak indikasi yang menyebabkan pesakit perlu ditidurkan, antaranya pesakit mungkin tidak boleh bernafas dengan sendiri dan mempunyai tahap oksigen yang rendah dalam badan.

“Selain itu, pesakit juga mungkin mengalami kemerosotan fungsi organ utama badan atau saluran pernafasan tersumbat,” katanya.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here