Sunday, October 13, 2024
HomeBERITADitahan Di Mekah Kerana Angkat Jari Telunjuk Ke Langit

Ditahan Di Mekah Kerana Angkat Jari Telunjuk Ke Langit

PETALING JAYA: Sekumpulan rakyat Malaysia yang dianggap pejuang Palestin ditahan pihak berkuasa tempatan di Tanah Suci ketika menunaikan umrah kerana bergambar dengan menunjukkan jari telunjuk ke langit.

Baru-baru ini tular di media sosial, sekumpulan jemaah umrah dari Malaysia mendakwa mereka telah ditahan di Madinah selama setengah jam hingga 45 minit untuk disoal siasat oleh pihak berkuasa tempatan kerana dianggap menunjukkan tanda solidariti kepada Palestin.

Menerusi laman sosial Facebook yang dikenali sebagai Huda Izaham melampirkan gambar di pekarangan Masjid Nabawi yang menjadi punca ditahan.

Dalam gambar tersebut, dia menaikkan jari telunjuk yang menuju ke langit yang membawa maksud ‘Allah Yang Satu’.

“Saya dan dua sahabat ditahan pihak berkuasa kerana gambar ini. Hampir setengah jam hingga 45 minit disoal siasat. Visa kami disemak secara teliti.

“Kami juga dibawa berjalan oleh polis sejauh 500 meter untuk menguji sama ada kami akan larikan diri atau tidak,” katanya di Facebook.

Terdahulu dilaporkan, kerajaan Arab Saudi melarang keras jemaah umrah memakai atau menunjukkan solidariti berkaitan Palestin.

Huda berkata, mereka ditangkap kerana bergambar dengan mengangkat jari telunjuk (menggambarkan Allah yang satu) dan kami dianggap sebagai  pejuang Palestin.

“Alhamdulillah kami dilepaskan dengan bantuan sahabat Abu Muadz yang fasih berbahasa arab.

“Jadi peringatan untuk semua, Arab Saudi adalah sebuah negara yang pro-Amerika Syarikat,” katanya.

Huda difahamkan berada di Arab Saudi untuk menunaikan umrah pada awal November lalu.

Hubungan diplomatik negara Arab dan Israel menyebabkan sebarang usaha dalam mempertahankan nasib rakyat Palestin tidak diendah ekoran beberapa faktor antaranya faktor geopolitik serantau.

Terdahulu dilaporkan juga, seorang warga Malaysia yang bekerja di Arab Saudi dipercayai telah ditahan oleh penguat kuasa di sana gara-gara memuat naik hantaran di media sosial yang lantang mengkritik negara tersebut.

Individu terbabit mendakwa negara Arab Saudi seperti dunia akhir zaman kerana didapati gejala pelacuran dan penjualan arak yang semakin berleluasa.

Sumber: Utusan Malaysia

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Taktik Licik Wanita Samun Kedai Emas Akhirnya Terbongkar!

0
ALOR GAJAH – Kegiatan seorang wanita berkaca mata hitam yang aktif menyamun tujuh buah kedai emas di sekitar Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan sejak...

CATEGORIES