Disyaki Jatuh Ketika Bersiap, Pramugari MAS Meninggal Dunia Ketika Transit Di Tokyo

0
57
Foto: Berita Harian

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Malaysia (Malaysia Airlines) mengesahkan seorang pramugarinya meninggal dunia ketika sedang transit di Tokyo, Jepun.

Dalam satu kenyataan, Malaysia Airlines, berkata anak kapal kabinnya itu dikenali sebagai Norzana Hanim Hamzah.

Syarikat penerbangan itu berkata, Norzana sedang bertugas di Tokyo Narita dan dijadualkan mengendalikan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

“Syarikat penerbangan sudah berhubung dengan keluarga Norzana dan akan memberi sokongan kepada mereka dalam masa yang sukar ini.

“Doa kami bersama keluarga dan rakan-rakan Norzana,” katanya hari ini.

Terdahulu, laman Facebook yang didedikasikan untuk kru kabin di seluruh negara memaklumkan, Norzana meninggal dunia sebelum tiba di Malaysia.

“Punca kematian masih belum dapat dipastikan, tetapi laporan yang belum disahkan daripada komuniti krew MH mendakwa dia mungkin terjatuh ketika bersiap untuk penerbangan pulang,” menurut catatan berkenaan.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here