Tuesday, February 18, 2025
HomeBERITADiskaun Tol 50% Pada Tahun Baru Cina

Diskaun Tol 50% Pada Tahun Baru Cina

Langkah kerajaan mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini jelas menunjuk keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat dan boleh dikatakan sebagai ‘ang pow’ kepada semua rakyat Malaysia terutama masyarakat Tiong Hua yang meraikannya.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang melibatkan semua kenderaan Kelas 1 (persendirian) yang akan bermula pada 27 Januari (Isnin)  pukul 12.01 tengah malam dan berakhir pada pukul 11.59 malam pada 28 Januari (Selasa) yang melalui lebuhraya-lebuhraya utama kecuali plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pada 21 Januari tiada lagi tol pemberian percuma sempena musim perayaan kepada pengguna lebuh raya di negara ini bermula tahun ini dan menggantikannya dengan pendekatan secara bersasar.

Keputusan berkenaan adalah berdasarkan keputusan kabinet terdahulu yang mengumumkan tiada lagi pemberian tol percuma pada musim perayaan.

Memberikan tol percuma kepada pengguna lebuhraya terutama pada musim perayaan memberikan implikasi kewangan yang sangat besar kepada kerajaan.

Sebagai contoh kerajaan terpaksa membayar pampasan sebanyak RM300 juta kepada syarikat konsesi tol bagi membolehkan rakyat menikmati tol percuma pada empat perayaan utama pada 2023 dan empat perayaan utama pada 2024 atas ihsan kerajaan.

Atas keprihatinan untuk menjaga kebajikan rakyat kerajaan telah memutuskan untuk memberikan diskaun tol sebanyak 50 peratus pada sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini walaupun terpaksa membayar RM20 juta pampasan kepada syarikat konsesi tol

Namun, pembayaran pampasan jutaan ringgit boleh dianggap sebagai perbelanjaan yang munasabah memandangkan keadaan ekonomi negara yang semakin positif dengan hasil daripada kestabilan ekonomi negara yang semakin kukuh berikutan dasar Ekonomi Madani yang jelas dan berimpak tinggi dibantu oleh langkah agresif kerajaan menarik pelaburan luar sehingga berjaya menarik pelaburan baru dari negara luar berjumlah RM329.5 bilion iaitu pencapaian tertinggi dalam sejarah negara pada 2023 serta peningkatan perdagangan mencecah RM2.879 trilion – rekod perdagangan tertinggi negara pada tahun 2024.

Hakikatnya, langkah pemberian diskaun tol kepada rakyat dikala kedudukan kewangan kerajaan yang semakin kukuh adalah satu langkah wajar dan seharusnya dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh lebih 3 juta pengguna lebuhraya yang dijangka menggunakan lebuhraya-lebuhraya utama di seluruh negara pada sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Polis Selamatkan Pemandu Kereta Dari Rentung

0
SHAH ALAM – Tindakan pantas dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada rentung selepas kenderaannya terbakar setelah bertembung dengan trak...

CATEGORIES