Sunday, October 13, 2024
HomeLUAR NEGARADiplomat Israel Usir Rakyat Palestin Ke Gurun Sinai

Diplomat Israel Usir Rakyat Palestin Ke Gurun Sinai

TEL AVIV: Diplomat Israel, Danny Ayalon semasa ditemu bual wartawan Al Jazeera mengeluarkan kenyataan angkuh dengan meyatakan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza boleh berpindah ke Gurun Sinai di Mesir.

Menurut Utusann, Ayalon membuat kenyataan itu susulan arahan dikeluarkan Israel yang memberi tempoh 24 jam kepada penduduk meninggalkan utara Gaza dan berpindah ke bahagian selatan berhampiran Mesir.

Arahan itu dikeluarkan kononnya bagi memudahkan rejim Zionis melakukan operasi pembersihan ke atas kedudukan pejuang Hamas tanpa perlu membunuh nyawa orang awam.

“Terdapat ruang yang amat besar untuk orang awam Gaza di Gurun Sinai dan mereka harus berpindah ke sana.

“Israel boleh membantu dengan mewujudkan koridor kemanusiaan untuk laluan selamat,” katanya.

Arahan evakuasi rejim Zionis dianggap berpotensi mencetuskan peristiwa Nakba kedua, setanding dengan Nakba 1948 apabila militia dan tentera Zionis mengusir hampir sejuta rakyat Palestin sehingga menyaksikan kewujudan negara haram Israel, lapor Utusan.

Ketika ini terdapat sekitar 2.5 juta penduduk di Gaza yang berada di bawah kepungan Israel sejak 2007 dan dianggap sebagai penjara terbuka di dunia.

Sumber: Utusan

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Taktik Licik Wanita Samun Kedai Emas Akhirnya Terbongkar!

0
ALOR GAJAH – Kegiatan seorang wanita berkaca mata hitam yang aktif menyamun tujuh buah kedai emas di sekitar Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan sejak...

CATEGORIES