Monday, December 2, 2024
HomeHIBURAN‘Dilabel Janda Hot, Tak Ada Masa Nak Fikir’

‘Dilabel Janda Hot, Tak Ada Masa Nak Fikir’

 PETALING JAYA – Lama mengunci mulut, pelakon Emma Maembong tetap dengan pendirian enggan memperincikan kisah perceraian dengan bekas suami Muhammad Shazli Azhar yang dikongsikan pada Oktober lalu.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail berkata, hubungannya dengan bekas suami kekal baik selain  tidak perlu mengulas, sama ada dirinya sudah mempunyai pengganti atau belum.

“Kalau fasal peribadi memang saya takkan cerita apa-apa. Saya takkan kongsi kepada umum.

“Tiada, semuanya tiada (dakwaan berpisah disebabkan orang ketiga),” katanya selepas majlis tayangan gala filem seram, Jangan Pandang Belakang 2 di sini, semalam.

Masih bertegas perceraian yang berlaku adalah hasil muafakat dengan bekas suami, Emma juga berulang kali menekankan fokus ketika ini adalah membesarkan dua anak lelaki dan  kerjaya lakonan.

“Kehidupan setakat ini okey.

Alhamdulillah,  tiada perbezaan sangat pun.

“Anak-anak tiada masalah dan hubungan dengan bekas suami pun tiada konflik.

“Kami berpisah dengan cara baik, tidak bergaduh dan kedua-duanya saling menerima. Kami sudah usaha untuk baiki hubungan tetapi jika sudah sampai hanya di situ jodohnya, terima dengan reda,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Emma juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa konten netizen apabila dilabel sebagai antara ‘janda hot’ tanah air ketika ini.

Menyedaru perkara tersebut Emma bagaimanapun memilih untuk tidak melayan komen negatif bagi menjaga kesihatan mental.

“Tiada masa nak fikir tentang label ‘janda hot’ atau tidak. Kalau nampak nama muncul dalam media sosial, saya langkau supaya tak beri kesan kepada kesihatan mental.

“Saya elak baca komen negatif selain sedar dalam dunia ini tak semua orang suka kita.

“Jadi, tiada guna nak cakap lebih. Sudah tentu bagi yang berkahwin kita mahu penamat membahagiakan dan tiada sesiapa mahukan pergaduhan atau perpisahan,” ujarnya.

Dalam masa sama,  dia dan Shazli juga tidak membuat sebarang tuntutan berkaitan hak penjagaan anak dan memilih untuk sama-sama membesarkan anak-anak sebaiknya.

“Kalau sudah tertulis jodoh kami sampai di situ, kami terima cuma perceraian ini bukan penamat sesuatu hubungan.

“Tidak semestinya kalau kita bercerai, kita kena benci, ‘block’ dan paling saya tak suka menyeksa anak-anak.

“Bagi saya bergaduh dengan bekas pasangan ialah tindakan tak baik, tidak perlu bergaduh dan berebut, usah biarkan anak-anak jadi mangsa,” jelasnya.

Terdahulu, Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Shariq Gabriel dan Shakil Aryan Shah.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Fattah Amin Doakan Mangsa Banjir Di Tanah Suci

0
PETALING JAYA – Kesibukan melakukan ibadah umrah tidak membataskan pelakon Fattah Amin untuk menitipkan doa buat mangsa banjir di tanah air. Fattah atau nama sebenarnya...

CATEGORIES