Digelar Sebagai Penyokong Israel, Chris Evans Sangkal Dakwaan Netizen

0
136
Foto: Kosmo

PELAKON Chris Evans akhirnya berbicara tentang kontroversi yang mendakwa dirinya sebagai penyokong Israel. Kontroversi tersebut timbul apabila gambar yang menunjukkan aktor filem Captain America itu menandatangani objek yang kelihatan seperti bom menjadi tular.

Menurut Evans, gambar tersebut diambil ketika beliau mengadakan lawatan bersama USO (badan bukan kerajaan Amerika Syarikat yang menyediakan aktiviti hiburan untuk tentera) sekitar tahun 2016.

“Terdapat banyak maklumat salah mengenai gambar ini. Gambar ini diambil lapan tahun lalu semasa lawatan di USO. Saya ke sana bersama sekumpulan pelakon, atlet, dan pemuzik untuk menunjukkan penghargaan kami kepada mereka,” katanya.

Difahamkan, objek yang kelihatan seperti bom tersebut sebenarnya adalah model peluru untuk tujuan pameran sahaja.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here