Didakwa Serang Kamal Adli, Lelaki Dipenjara Lebih Dua Tahun

0
44
Foto: Suria FM

Singapura: Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan di Singapore Expo pada Mac tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu oleh mahkamah Singapura pada Khamis, lapor Straits Times (ST).

Tertuduh, Muhammad Nabil Rashid, 34, yang juga warga Singapura pada 31 Januari lepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan menyerang dan dua pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap individu lain.

Muhammad Nabil mengaku dia melakukan kesalahan itu kerana beranggapan bahawa pelakon itu atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, mencabul saudara wanitanya.

Terdahulu, tertuduh direman di Institut Kesihatan Mental (IMH) bagi menjalani penilaian psikiatri.

Kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, sebatan, atau mana-mana kombinasi hukuman itu.

Pada 12 Mac 2023, pihak polis dimaklumkan mengenai serangan di 1 Expo Drive iaitu suspek didakwa menyerang seorang lelaki berusia 36 tahun dengan belantan.

Kamal yang cedera terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di sini.

Kamal Adli dan isterinya, Uqasha Senrose berada di Singapura untuk acara Jualan Mega Hari Raya 2023 bermula 10 Mac di Hall 5A Singapore Expo apabila insiden itu tercetus di penghujung acara.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here