Thursday, April 25, 2024
HomeHIBURANDiana Danielle Nafi 'Berbadan Dua'

Diana Danielle Nafi ‘Berbadan Dua’

PETALING JAYA – Seperti tidak berkesudahan, pelakon Diana Danielle mendedahkan sudah menjawab tanpa jemu lebih 50 kali pertanyaan orang ramai dalam tempoh dua bulan berhubung dakwaan dia sedang berbadan dua.

Diana, 32, berkata, dia tidak akan sesekali merahsiakan berita kehamilan sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku tetapi hakikatnya hanya berat badan sahaja yang bertambah ketika ini.

“Saya sudah menjawab sekitar 50 pertanyaan (soalan hamil) sejak dua bulan lalu. Saya tidak hamil, hanya berat badan bertambah.

“Jangan risau, saya akan umumkan kepada semua kalau sudah berbadan dua cuma buat masa sekarang hanya lemak dan sangat menikmati makanan,” katanya dalam ruangan komen membalas pertanyaan netizen.

Dalam pada itu, bintang filem Gol & Gincu 2 itu juga meminta orang ramai tidak membuat andaian sendiri hanya kerana perut seorang wanita kelihatan buncit.

“Jika anda melihat seseorang dengan perut buncit, tidak semestinya hamil. Mungkin mereka hanya baru sahaja menikmati hidangan lazat.

“Sekiranya melihat wajah mereka berseri, juga tidak bermaksud sedang mengandung. Barangkali hasil rawatan wajah yang bagus,” ujarnya.

Sejak kebelakangan ini, Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson sering didakwa sedang berbadan dua.

Melalui tinjauan Kosmo, khabar angin tersebut mula tercetus selepas beberapa minggu dia kembali rujuk dengan suami yang juga aktor, Farid Kamil sekitar September lalu.

Dalam pada itu, Diana sebelum ini juga menafikan dirinya hamil dan menjelaskan berat badannya semakin bertambah kerana semakin berselera setiap kali waktu makan.

Sebelum itu, pasangan tersebut disahkan bercerai talak satu pada 10 Ogos lalu menerusi Google Meet di hadapan hakim di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Hasil perkahwinan yang dibina sejak 11 tahun lalu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad, 11, dan Nur Aurora kini berusia lapan tahun.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sheriff ‘Menang Besar’, Penonton Puas Hati Dengan ‘Plot Twist’

0
Penulis punya banyak perkara untuk dibentang tentang Sheriff arahan Syafiq Yusof dengan sedikit atau helaian muka surat terhad dalam ulasan filem minggu ini. Setakat tulisan ini diusaikan iaitu...

CATEGORIES