Monday, November 11, 2024
HomeHIBURANQi Razali Sudah Bertunang, Bakal Tamatkan Zaman Bujang Tahun Depan

Qi Razali Sudah Bertunang, Bakal Tamatkan Zaman Bujang Tahun Depan

KUALA LUMPUR — Selepas berulang kali gagal dalam percintaan, pelakon Qi Razali mendedahkan bakal menamatkan zaman bujang tahun hadapan.

Meskipun enggan mendedahkan identiti wanita pilihannya, Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali Wong, 47, berkata, mereka sudah berkenalan sejak setahun lalu.

“Dengan siapa saya tak boleh beritahu. Dia orang industri tapi bukan di hadapan kamera. Umur 28 tahun, nanti dah tiba masa saya akan beritahu.

“Tahun lepas kami berkenalan tetapi belum serius, lepas jumpa keluarga baru rapat tetapi sebenarnya merisik dan bertunang dah berlangsung Syawal tahun ini,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran filem Babah, hari ini.

Tambahnya, meskipun pernah beberapa kali gagal dalam hubungan cinta, namun itu tidak pernah dijadikan alasan untuk berputus asa mencari teman hidup.

Bagaimanapun, kata Qi dia akan memastikan betul-betul bersedia sebelum kembali serius menerima kehadiran seseorang dalam hidupnya.
“Kalau sudah keluar dalam hubungan ini saya kena pastikan betul-betul tidak lagi terbawa-bawa kisah lama,” jelasnya.

Ditanya ciri-ciri wanita idamannya, Qi tidak cerewet, sebaliknya hanya mahu pasangan yang mampu membuatnya bahagia tanpa terlalu mencuba.

“Ciri-ciri yang saya cari sebenarnya yang boleh buat kita gembira tanpa buat-buat dan perlu diminta.

“Mungkin sebelum ini kerjaya yang mengganggu tetapi buat masa ini, apabila saya kenal dengan orang yang saya selesa, kami saling menyokong impian masing-masing,” tuturnya.

Sebelum ini, Qi mengakui, dia mengambil masa yang lama untuk mengubati hati setelah melalui beberapa fasa kegagalan dalam hubungan cinta sebelum ini.

Selepas itu, dia dilihat senang menjalani kehidupan solo tanpa ada komitmen dengan pasangan.

Sumber — KOSMO! ONLINE.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

KPDN Keluarkan Kompaun Sebanyak RM7,100 Kes Tanda Harga

0
PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengeluarkan kompaun sebanyak RM7,100 melibatkan 65 kes peniaga gagal menggunakan tanda harga khas...

CATEGORIES