“Dia Lari Dan Hilangkan Diri, Saya Serah Kepada Allah SWT” – Abby Abadi

1
553
Foto: The Reporter

Kuala Lumpur: “Kalau rasa perlukan mama, baliklah,” kata pelakon, Abby Abadi buat anak keduanya Marissa Dania Hakim yang sudah berkahwin dengan Ahmad Aslam sebagai isteri kedua.

Difahamkan, Marissa yang berkahwin di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu sudah tidak pulang ke rumah dan memilih untuk hidup berdikari.

Menurut Abby, dia hanya dapat bertemu anaknya itu beberapa minggu lalu pada sebuah majlis di sebuah hotel, di sini.

“Dia lari dan menghilangkan diri, tapi saya tahu dia selamat di luar. Dia rasa dia dah mampu berdiri atas kaki sendiri. Saya serah kepada Allah SWT.

Menurutnya, sebagai ibu dia sentiasa mengharapkan yang terbaik buat anaknya itu.

“Saya mengharapkan yang terbaik buat dia. Kalau rasa perlukan mama, baliklah,” katanya.

Sebelum ini, Harian Metro mendedahkan Marissa didakwa sudah berkahwin di Songkhla, Thailand dan menjadi isteri kedua kepada Aslam.

Pasangan itu dikatakan melangsungkan pernikahan ketika isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan berada di Makkah mengerjakan umrah.

Pada September tahun lalu, Marissa didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Aslam dan Misya sehingga mereka bercerai.

Ia kecoh di media sosial apabila Umisya yang juga ibu kepada dua orang cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa di aplikasi X.

Sumber: Harian Metro

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here