Sunday, November 10, 2024
HomeBERITA'Dendam Peribadi Tidak Ada Kena-Mengena Dengan Anak, - Shakilla Khoriri

‘Dendam Peribadi Tidak Ada Kena-Mengena Dengan Anak, – Shakilla Khoriri

PETALING JAYA – Sepakat menjaga satu-satunya permata hati bersama, pelakon Shakilla Khoriri terbuka menyelesaikan isu penjagaan anak tunggal dengan bekas suaminya, Fizi Ali di luar mahkamah.

Kata Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, individu yang terlibat perlu bersihkan hati daripada sebarang perasaan negatif yang boleh memberi kesan buruk terhadap perkembangan anak.


“Biar hari ini orang menunding jari dengan cerita tidak benar dan sulit untuk ‘dijaja’ pada seluruh manusia tetapi seorang tidak akan tidur bila hak anak mereka dirampas orang tidak sepatutnya.

Ujar Shakilla, mereka yang berdepan penceraian tidak harus menunding jari menyalahkan bekas pasangan, sebaliknya berusaha untuk sama-sama membesarkan zuriat.

“Penceraian kian menakutkan masa sekarang ini. Henti tuding jari dan bebaskan hati yang tersakiti atau disakiti dengan berlapang dada untuk setiap perjalanan yang Allah aturkan pada kita semua.

“Penceraian bukan titik noktah untuk anak-anak mengejar bahagia dan impian mereka.

Pelakon drama Bukan Khadijah itu turut menaruh harapan agar mereka dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa terbaik buat puteri mereka, Ameena Sofia yang baru berusia lima tahun itu.

Katanya, sebagai ibu tentu sahaja dia sentiasa mendahulukan Ameena bahkan berjanji akan terus menunaikan amanah membesarkan si kecil dengan sebaik mungkin.

“Berlapang dada menerima apa sahaja keputusan cuma aku tak pernah putus asa dengan kebenaran yang aku simpan.

“Pertahankan hak Ameena supaya Ameena tidak akan rasa berat sebelah dari Umi (panggilan Shakilla) atau daddy (panggilan Fizi) dia.

“Aku pikul tanggungjawab kerana Allah. Ameena harta tak ternilai. Perjalanan dan masa depan Ameena tanggungjawab aku dan daddy dia tapi terpulang pada diri
masing-masing untuk melunaskan,” ujarnya.

Semalam Fizi memaklumkan kes hadanah membabitkan anak mereka sudah selesai apabila dia dan Shakilla mencapai kata sepakat bersama beberapa syarat yang perlu dipenuhi.

Shakilla mendirikan rumah tangga dengan Fizi atau Mohd. Hafizudin Alimudin, 35, pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan perceraian pada Disember 2021.

Isu hak penjagaan anak tunggal mereka itu sudah berlanjutan hampir setahun selepas Fizi memfailkan tuntutan hadanah pada 15 Disember tahun lalu.

Sumber – KOSMO! ONLINE

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

KPDN Keluarkan Kompaun Sebanyak RM7,100 Kes Tanda Harga

0
PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengeluarkan kompaun sebanyak RM7,100 melibatkan 65 kes peniaga gagal menggunakan tanda harga khas...

CATEGORIES